Wednesday 24 October 2012

Hati-hati di jalan raya ingat kamera AES


Apa itu kamera AES ?

Mungkin ramai dah baca dalam surat khabar atau ikuti perkembangan cerita kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Antara lokasi kamera tersebut yang menjadi kontroversi terletak di lebuh raya SKVE pada KM 6.5 dari arah selatan berdekatan stesen minyak Shell. Ramai yang tak puas hati sebab kalau dari Puchong menuju ke arah Hospital Sedang atau ke Bangi (kelas hujung minggu UKM), memang tiada sebarang papan tanda pemberitahuan diletakkan.

Pengunaan kamera AES di Malaysia

Sistem AES (Automatic Enforcement) ini dah dilaksanakan negara-negara lain di seluruh dunia antaranya Perancis, Jerman, Kuwait dan United Kingdom.

Manakala di negara kita, bermula 23 Sepmber 2012 Sistem AES  telah mula beroperasi untuk mengesan pesalah jalanraya di 14 lokasi yang telah dipilih.
Menurut sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ menyasarkan untuk memasang 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan.  
Untuk frasa  pertama penggunaan kamera AES ini akan digunakan untuk mengesan kesalahan pengguna jalan raya yang memandu melebihi had kelajuan  dibenarkan dan langar isyarat lampu merah.
Maklumat kesalahan yang dirakam kamera ini akan dihantar secara real time ke Pusat Kawalan AES (Control Center) untuk diproses. Pemilik/pemandu yang melakukan kesalahan tersebut kemudiannya akan dikenalpasti melalui pengkalan data JPJ. Akhir sekali saman akan dikeluarkan secara automatik dan akan sampai ke rumah anda melalui pos.  
Difahamkan terdapat 2 syarikat yang mengendalikan kamera AES yang mana syarikat ini akan mendapat komisen bagi setiap saman yang dikeluarkan iaitu :-
1) Beta Tegap Sdn. Bhd. (menggunakan sistem Redflex daripada Australia)
2) ATES Sdn. Bhd. (menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman) 
  

Kebaikan Kamera AES

1) Pihak kerajaan berharap perlaksanaan AES akan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

2) Mengurangkan tenaga kerja pegawai polis untuk tugas-tugas penting  lain dan juga mencegah rasuah atau duit kopi.

3) Kamera AES ini dapat menjalankan tugasnya 24 jam, siang dan malam.  

Rungutan orang ramai berkaitan penggunaan Kamera AES

1) Tiada papan tanda yang jelas sebagai peringatan  di kawasan berhampiran sebagai kepada pengguna jalan raya.

2) Cahaya flash yang terang dari kamera menerangi wajah pemandu dan penumbang pada waktu malam. 

3) Kamera AES diletakan di kawasan yang tidak sesuai seperti berdekatan hospital atau di kawasan had laju adalah 50km sejam.

4) Syarikat yang dapat kontrak pengendalian sistem AES hanya berminat untuk mendapat keuntungan sahaja. 

Sebagai panduan untuk semua, sila lawati laman web www.jpj.gov.my untuk keterangan lanjut dan lokasi pemasangan kamera AES.



Monday 22 October 2012

Perkembangan sukan paling popular di Malaysia. Bola sepak Piala Malaysia 2012.




Keputusan Piala Malaysia - Kelantan  menang 3-2 dalam perlawanan penuh sengit menentang  ATM berlangsung pada Sabtu 20.10.12 (malam)  di stadium Shah Alam, Selangor.

Perlawanan ini memang menjadi perbualan ramai peminat sukan diseluruh Malaysia samada yang tengok secara langsung daripada stadium Shah Alam atau pun di depan TV. Penyokong-penyokong kedua-dua pasukan Kelantan ataupun ATM memang bersemangat sekali memberi sokongan untuk pasukan masing-masing.  Sepanjang perlawanan berlangsung banyak aksi-aksi menarik seperti seperti di atas. Harap jangan tiru buat kat rumah atau pejabat.

Sekian, saya melaporkan dari Cyberjaya.