Thursday, 15 November 2012

Nissan Almera dipasaran tempatan

Nissan Almeera


Syarikat Edaran Tan Chong Motor telah melancarkan model  serba baru Nissan Almera di pasaran  Malaysia.  Almera merupakan model kereta sedan global Nissan terlaris di dunia dan akan bersaing bersama dengan model lain  di pasaran tempatan  dalam segmen B antaranya Proton Preve, Toyota Vios, Honda City dan Kia Vorte.
Kereta ini mengunakan enjin HRD 15E dengan kapasiti 1.5 liter  dan dilengkapi sistem Continuously Variable-Valve Control (CVTV) yang akan memberikan pemanduan selesa disamping  penggunaan bahan api yang mengkagumkan.


Kereta Almeera ditawarkan pada harga jualan yang agak menarik iaitu bermula dengan RM66,800 sehingga RM79,800 bergantung kepada gred, transmisi dan spesifikasi berbeza. Pembeli  juga boleh menjadikan kereta mereka kelihatan lebih menarik mengikut citarasa  tersendiri dengan memasang aksesori tambahan yang ditawarkan pada harga berasingan.
Khabarnya model Almera pemasangan tempatan (CKD) ini menggunakan banyak komponen keluaran tempatan membuatkan harga ditawarkan agak berpatutan. Terdapat lima warna ditawarkan iaitu emas, hitam, kelabu, perak dan putih.  Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia.

1 comment: