Friday, 25 January 2013

Hari Peperiksaan Semakin Hampir

Bagaimana mahu mendapat keberkatan ilmu?

•Memasang niat yang ikhlas
•Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu-bapa
•Mendoakan guru-guru dan pensyarah yang mengajarkan ilmu
•Memohon maaf serta pohon halalkan ilmu yang telah diajar oleh guru
•Meminta guru serta pensyarah juga mendoakan untuk diri kita
•Menjaga ibadah kita kepada Allah
•Memiliki hati yang terang serta bersih dengan sentiasa bertaubat,serta beristighfar
•Sentiasa dalam berkeadaan berwudu
•Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
•Memakan makanan yang halal
•Pecahkan kitaran sengsara dalam hidup,ertinya menghentikan perbuatan tidak elok

Bagaimana melatih diri?

•Memprogram minda agar sentiasa positif dalam apa jua kerja kita
•Sentiasa buat latihan menjawab soalan dengan jawapan lengkap kemudian membuat rujukan dengan pensyarah atau guru
•Latih tubi jawab soalan dalam kumpulan
•Melatih diri menjawab soalan sepertimana dalam suasana peperiksaan
•Membuat dan merangka peta minda bagi subjek-subjek berkaitan
•Menjadikan sebuah“study room bagi tujuan bilik gerakan peperiksaan
•Sentiasa mengingatkan diri dengan baki bilangan hari peperiksaan
•Meletakkan kata perangsang kejayaan pada sudut tempat belajar/gambar
•Kenalpasti rakan sebelah anda atau sekeliling di dewan peperiksaan agar tidak gemuruh

Malam sebelum peperiksaan

•Melakukan solat taubat,hajat,witir
•Sediakan semua bekalan untuk peperiksaan, baju, stokin, alat tulis, slip peperiksaan
•Amalkan meminum air masak
•Memiliki jam tangan(berjarum) agar mudah merangka masa menjawab soalan
•Jangan menonton televisyen sebelum tidur
•Tidur awal sebelum peperiksaan dan mengunci jam loceng agar tidak bangun lewat
•Berdoa kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif

Di pagi peperiksaan
•Bangun pagi dengan memotivasikan diri untuk berjaya
•Mandi dengan air panas agar badan segar( basuh hujung kaki dahulu kemudian barulah kebahagian atas)
•Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
•Sarapan pagi terlebih dahulu
•Minum air berglukosa pada waktu pagi
•Memakai wangian yang sederhana bau,minyak rambut dan sebagainya
•Bersalam dengan ibu-bapa sebelum pergi
•Keluar dengan langkah kaki kiri dahulu dengan membaca doa
•Pergi awal ke dewan peperiksaan

 (Petikan tips peperiksaan oleh pakar motivasi temptaan)   
Kata pengarang : Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah- pensyarah atas ilmu yang tuan/puan diberikan.

 

Keistimewaan Madu Lebah

Madu adalah antara makanan yang disebut dan dinyatakan dalam hadis dan al-Quran. Dalam al-Quran surah an-Nahl ayat 68, Allah menjelaskan bahawa madu lebah berperanan sebagai ubat bagi segala jenis penyakit. bagi penyakit yang ada kaitan dengan otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu penyakit tersebut. Sabda Rasulullah berkaitan madu:

"Hendaklah kamu sentiasa berubat dengan dua jenis penyembuh, iaitu madu lebah dan al-Quran." (Riwayat Ibn. Majah).


Fungsi madu lebah

·         makanan berzat yang bermutu tinggi
·         makanan penjagaan kesihatan
·         ubat kepada pelbagai jenis penyakit
·         sumber tenaga, selain kurma, jika berpuasa minum madu sesudu ketika sahur, mampu bekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa. 

Keistimewaan Madu Lebah

·         mencerdikkan akal
·         baik untuk kesihatan
·         tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman
·         mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan
·         membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat
·         membantu memulihkan tenaga seseorang yang menggunakan tenaga dengan banyak seperti ahli sukan, pekerja buruh, petani dan pelajar.
·         walaupun mengandungi gula, ia daripada jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang
·         mempunyai kesan “laxative” semula jadi bagi melawas pembuangan air besar
·         amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan fikiran
·         madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. ia boleh memberi perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit
·         hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)

Kandungan zat dalam madu lebah

 

·         Vitamin: Vitamin A, B-Compleks, Vit. C, Vit. E, Vit. K
·         Zat galian: kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnaesium, natrium, kalium, klorin, iodin, kuprum, manganese, silika, riboflavin, protein, potassium.

Sumber rujukan: dari buku "Rahsia Minda Hebat" karangan Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood

Thursday, 24 January 2013

Kereta Teknologi Hybrid

Model produksi pertama kenderaan bersifat komersial *Tial wastegate* ialah Ford model T yang diperkenalkan pada era 1900. Ketika itu ia langsung tidak dijangka menjadi antara penyumbang utama pencemaran alam sekitar. Kekaguman dunia terhadap industri automotif memuncak tanpa adanya kesedaran bahawa kemudahan yang kita kecapi hari ini penyebab kemusnahan dunia.
Hakikatnya bahawa pencemaran oleh gas karbon monoksida hanya mula disedari 70 tahun selepas itu dengan negara maju mengambil inisiatif memperkenalkan alat catalytic converter, had pengeluaran asap dan jangka hayat kenderaan. Teknologi enjin hybrid adalah pilihan sumber bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel yang dimana kedua-dua bahan api fosil itu sentiasa terdedah kepada kenaikan harga. Teknologi enjin hybrid sudah dimajukan oleh beberapa gergasi automotif dunia dan terbukti berhasil melahirkan kenderaan mesra alam.

Definasi Teknologi Hybrid
Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak


Bagaimana teknologi hybrid berfungsi
Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.    Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa, sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan itu.   

Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada bahan api itu. Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan asap, sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.    Komponen lain ialah motor elektrik sebagai penjana kuasa, bateri voltan bersaiz kompak yang menyimpan tenaga, manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional lain. Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah. Jika ditinjau situasi semasa, kereta kuasa elektrik terbukti tidak mencemarkan alam sekitar, sebaliknya hanya berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicaj semula selain kereta itu bergerak perlahan dan kesukaran mencari tempat untuk mencaj semula.

Toyota Prius

Faktor:
Kebanyakan kereta memerlukan enjin bersaiz besar untuk menghasilkan kuasa bagi menggerakkan kereta dengan pantas tetapi penggunaan enjin kecil boleh ditingkatkan dengan menggunakan komponen lebih ringan termasuk mengurangkan jumlah silinder dan memaksimumkan penggunaan enjin.   

Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan di dalam bateri yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat tetapi dibantu kuasa bateri biasa. Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.   

Kini teknologi hybrid muncul bagi merancakkan lagi usaha ke arah menjadikan bumi lebih hijau. Antara gergasi automotif yang telah memperkenalkan teknologi hybrid mereka ialah Toyota (Hybrid Synergy Drive) melalui model Toyota Prius, Honda (Integrated Motor Assisstant) melalui model Honda Civic Hybrid, Ford (Fusion Hybrid) melalui model Ford Fusion Hybrid dan sebagainya dan tidak ketinggalan syarikat automotif tempatan, Proton (Lotus Range Extender) melalui model kereta konsep mereka, Proton EMAS.   

Proton Emas


Malaysia juga antara negara di rantau ini yang komited dalam polisi Teknologi Hijau malah, dalam Dasar Automotif Negara (DAN) yang dibentangkan bermula pada awal tahun 2010, ia termaktub bersama. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.    Syarikat-syarikat yang mengamalkan aktiviti2 penjimatan tenaga layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan dan Status Perintis.   

Pada masa kini teknologi hybrid boleh masih agak mahal. Walaubagaimanapun dengan adanya insentif daripada pihak kerajaan yang menghapuskan duti eksais ke atas kereta berteknologi hybrid, maka harga kereta tersebut menjadi agak berpatutan. Contohnya sebuah Toyota Prius di Malaysia ialah RM 17x,xxx,  Honda Civic Hybrid RM 13x xxx manakala Proton EMAS dijangka akan berada di jalan raya seawalnya 2013. Ketika mana dunia mengalami penyusutan bekalan petroleum, pengenalan dan penambahbaikan teknologi hybrid amatlah dialu-alukan.   

Jika sekarang sebuah kereta bersesaran 1600 cc yang menempuh kesesakan jalan raya selama 45 minit untuk ke tempat kerja berjarak 12 km (penghuni Pulau Pinang Pulau Mutiara lebih memahami) memerlukan 7.0 L petrol untuk perjalanan sejauh 100 km, maka dengan teknologi hybrid jumlahnya boleh dikurangkan kepada 3-4 L petrol sahaja. Jadi bayangkan penjimatan petrol dan wang yang ditawarkan selain pengurangan asap dan bahan pencemar lain ke atmosfera bumi. Harap dimasa akan datang kita akan berpeluangan untuk mempunyai kenderaan hybrid mampu milik.

Ringkasan:
Namun apa yang lebih utama ialah menjadikan teknologi hybrid sebagai teknologi mampu milik untuk segenap lapisan masyarakat dan harganya.. diulangi harganya berpatutan.

Pengundi Berdaftar Pilihanraya

Anda sudah berdaftar sebagai pengundi?

Jika anda sudah pendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pengundi berdaftar maka anda layak untuk mengundi di dalam pilihanraya yang akan datang.
Secara umumnya melalui sistem perlembangan Malaysia, kerajaan yang memerintah dipilih melalui pilihanraya umum setelah satu tempoh atau pengal pemerintahan berakhir. Parti politik yang memperolehi majoriti atau gabungan parti politik yang membentuk majoriti daripada kemenangan parlimen yang paling besar akan berpeluang untuk mentadbir Negara Malaysia.

Layak mengundi?

Adakah anda layak mengundi mendaftar/berdaftar sebagai pemilih? Berapakah usia anda sekarang? Secara mudahnya semua  rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun ke atas boleh mengundi. Namun bagi melayakkan anda mengundi, anda mesti mendaftar sebagai pemilih. Sila layari laman web www.spr.gov.my

Semak daftar pemilih melalui SMS, ikut arahan seperti gambar di bawah.

TAIP >> SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO IC

dan HANTAR KE 15888

Wednesday, 23 January 2013

Bunga Matahari Gergasi Mexico atau Giant Mexican Sunflower

Bunga gergasi, Giant Mexican Sunflower. Kenapa gergasi? Sebab kalau diterjemahkan secara literal, nama bunga ini dalam bahasa Melayu adalah Bunga Matahari Gergasi Mexico. Bunganya memang agak besar berbanding bunga-bunga lain. Pokoknya saja boleh mencecah 10 kaki (lebih daripada 3 meter) tingginya. Bunga ini bewarna oren atau kuning macam dalam gambar di bawah ini.




Nama saintifiknya ialah Tithonia diversifolia dan ia dikenali juga dengan berbagai-bagai nama seperti Mexican Sunflower (tanpa Giant), Japanese Sunflower, Mexican Tournesol dan Tree Marigold 

Di kawasan yang sesuai, pokok bunga ini boleh berbunga sepanjang tahun. Dari segi perubatan, pokok ini boleh digunakan sebagai penawar racun. Jika berada di negara Taiwan,  tumbuhan ini dijual di pasar-pasar sebagai herba ubatan.

Untuk hidup subur, Giant Mexican Sunflower memerlukan tanah berpasir dan tidak menakung air. Dahan atau cabang-cabangnya perlu dicantas selalu untuk melebatkan bunganya. Hanya perlu disiram selalu pada musim kemarau atau kurang hujan.

Khabarnya bau bunga ini sangat digemari lebah dan rama-rama (yang tak datang kumbang).

Batuk

Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk kita. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema.
Sebenarnya, batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan irritant (penganggu). 
Ada dua jenis batuk yang utama:
i)             Batuk yang berkahak (productive cough)
ii)            Batuk yang tidak berkahak (non-productive cough or unproductive cough)
Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenalpasti jenis batuk yang anda alami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.
Pesakit asma (lelah) kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan mereka yang menjadi sempit. Bagi pesakit asma, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.
Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor anda untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.

Batuk yang berkahak

Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.
i) Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.
ii) Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
iii) Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.
iv) Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.
Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:
guaifenesin (Breacol)
carbocisteine (Rhinothiol)
ambroxol (Mucosolvan)
cyclidrol (Mucoflux)
herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.
Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja. Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb.  Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.
Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda.  

Batuk tidak berkahak

Batuk yang tidak berkahak dirasakan kering, gatal dan perit yang berlaku di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.
Pengambilan ubat perlu untuk mengawal rasa pedih yang dirasai. Antara jenama yang popular ialah Cofcare. Jenama yang lebih kuat pula boleh didapati di farmasi atau klinik. Pastikan anda dapatkan penerangan yang lengkap sebelum mengambilnya. Ubat batuk jenis yang tidak bekahak yang lebih kuat ini (ubat ini dikenali sebagai anti-tussive) adalah seperti codeine, pholcodine, dextromethorphan dan clobutinol. 

Denda RM3,000 Jual Dan Mengedar Produk Rokok Elektrik

Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok elektronik @ rokok elektrik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. [Sumber : Bernama]
Adakah selepas rokok elektronik memerlukannya membayar cukai kepada kerajaan, barulah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji balik dasar yang sekarang ini?
·         Berdasarkan permerhatian, e rokok (rokok elektrik) sekarang bukan seperti jenis yang sebelum ini. Rokok elektronik sekarang menggunakan e-liquid atau e-juice. Dan ianya langsung tiada bahan-bahan seperti rokok biasa yang ada macam-macam bahan kimia, racun, nikotin yang berlebihan, tar dan sebagainya.
·         e-liquid ini senang mahu difahami ialah bahan yang digunakan cuma GLYCERIN + PERASA (buah, kopi, coklat, vanilla, etc)
·         GLYCERIN ini untuk pengetahuan anda semua juga digunakan dalam makanan untuk bagi kesan lembap. Bahan ini anda biasa makan sama ada sumber vegetable atau sintetik secara sedar atau tidak sedar.
·         PERASA itu pun “concentrated flavor” yang biasa anda gunakan dalam makanan.

Bahaya?

·         Bahayanya terdapat di campuran kimia NIKOTINE (Nic). Dalam e-liquid ni dicampurkan Nic dalam kuantiti yang amat sedikit antara 6mg ke 50mg bergantung sebenarnya kepada tabiat perokok itu sendiri.
·         Kepekatan Nic dalam e-liquid ini biasa perokok e rokok atau dalam industri ini digelar “Vapor” biasanya akan mula dengan tinggi kemudian semakin lama semakin berkurang sehingga yang akhirnya akan guna e-liquid yang ada hanya 0mg sahaja Nic. Maksudnya di sini, Vapor ini sudah tiada ketagihan Nic.
·         Sama seperti perokok yang mahu berhenti rokok makan ubat Niquiton itu.
·         Rokok elektronik atau rokok elektrik ini konsepnya seperti menghisap shisha yang pak arab hisap dalam botol isi air itu. Tetapi shisha pun bahaya

Bahayanya?
·         Sebelum ini ada artikel daripada doktor kesihatan, e rokok ini adalah alternatif yang lebih baik dan selamat untuk perokok. Contohnya tar di peparu mereka semakin berkurang apabila membuat x ray.
·         Malangnya “disebabkan tekanan pihak tertentu” doktor tersebut telah menukar kenyataannya
·         Rokok elektronik ini masih lagi ada asapnya tetapi berasaskan wap air, wap sejuk dan tak mengandungi tar, racun-racun terlarang dan pembakaran terbuka seperti rokok-rokok tembakau. Ibarat anda melalui kawasan berkabus. Ada kesan atau tidak? ..

Pengarang  : “ anda dinasihatkan melakukan penyelidikan dan kajian sebelum menerima fakta di atas”

Monday, 21 January 2013

Anggota Gerak Khas Bersenjata Rifle Jaga Keselamatan Pasukan Bola Sepak Johor di Kota Baharu.

Anggota Gerak Khas Bersenjata Rifle Kawal Perlawanan bola sepak di Kota Baharu.  


6 orang anggota Gerak Khas lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor pada perlawanan yang melibatkan Johor dan Kelantan Stadium Sultan Muhammad ke IV tempoh hari di. Khabarnya mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan pemain bola sepak dan juga pegawai pasukan Johor.

Hebat betul pasukan bola sepak Johor ini, sampai kena ada pasukan khas yang lengkap bersenjata. Perlawanan bola sepak pun dibuat macam persediaan nak berperang. Ini baru melibatkan perlawanan bola sepak  dengan bangsa sendiri dan rakyat Malaysia.


Hakikatnya negara ini ada undang-undang yang telah dipersetujui oleh semua.  Kalau berkaitan urusan keselamatan dan orang awam sepatutnya di bawah kuasa Polis (PDRM) dan jika urusan pertahanan (Angkatan Tentera Malaysia) adalah bidang kuasa Persekutuan.

Sunday, 13 January 2013

Tiket Percuma AirAsia 2013

Tiket Percuma AirAsia 2013 (Program Integrasi 1Malaysia) : Tempoh Tempahan?

Tempoh tempahan tiket percuma AirAsia ini bermula 9 Januari 2013 dan tarikh tutup tidak diumumkan lagi

Tiket Percuma AirAsia 2013 (Program Integrasi 1Malaysia) : Tempoh Penerbangan?

Antara 14 Januari 2013 sehingga 4 Februari 2013

Tiket Percuma AirAsia 2013 (Program Integrasi 1Malaysia) : Laluan Penerbangan?

 

Tempat duduk percuma hanya sah bagi :

  1. Penerbangan yang berlepas dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Bintulu
  2. Penerbangan yang berlepas dari Timur Malaysia ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tiket Percuma AirAsia 2013 : Cara Pembayaran?

  1. Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.
  2. Pembayaran boleh dibuat secara online dilaman web Airasia melalui Maybank2u, Cimbclick mahupun Visa atau Mastercard.

Tiket Percuma AirAsia 2013 : Tambahan Terma Dan Syarat?

Perkhidmatan lain seperti peruntukan bagasi serta pemilihan tempat duduk juga tidak termasuk dalam tawaran tersebut.

Berminat untuk membuat tempahan tiket percuma AirAsia 2013 di bawah Program Integrasi 1Malaysia kali ini? sila layari www.airasia.com/my

Harga Rumah Semakin Meningkat

Golongan berpendapatan sederhana rendah yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan berdepan kesukaran memiliki kediaman sendiri berikutan keghairahan pemaju dan spekulator yang mengambil sikap mementingkan diri dengan menaikkan harga rumah secara keterlaluan terutama di Lembah Klang.
Keluarga dengan pendapatan sebanyak itu hanya mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM200,000 sedangkan boleh dikatakan tiada lagi unit baru yang dibangunkan dengan harga terbabit.
“Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM6,000 di mana kedua-dua pasangan bekerja, mempunyai sebuah kenderaan dengan seorang anak selain tanggungan kepada ibu bapa, akan mempunyai baki untuk simpanan kira-kira RM150 saja sebulan sekiranya mereka membeli rumah berharga RM400,000 seperti yang banyak dijual kini,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Berdasarkan kenyataan yang sering dikeluarkan oleh pemaju dan pemain utama dalam industri perumahan, harga rumah di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan Negara lain seperti Singapura atau Hong Kong.
Realitinya semenjak dua tiga tahun kebelakang ini harga rumah dan hartanah telah naik dengan mendadak dan kadang kala macam tidak masuk akal. Seorang yang  bekerja dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan merasa amat merasa gusar dengan kos yang semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Selangor.
(Rumah teres 2 tingkat 20' x 70' bermula dari RM500,000)


Antara punca harga rumah semakin meningkat.
Margin keuntungan pemaju?  Kos binaan dan buruh semakin mahal ?
Pemaju perumahan yang dahulunya, mungkin mengambil hanya 30% keuntungan dari harga jualan rumah, sekarang sudah mula mengambil 60% dan . Kebiasaannya 100%, malah ada yang sampai 150% margin keuntungan untuk harga rumah.
Rumah-rumah yang kosnya sekitar RM 100,000, sudah meningkat menjadi RM 250,000 atas “kerakusan” pemaju perumahan dan juga agen-ejen perumahan.