Dua kamera AES yang dipasang di Lembah Klang telah disembur cat merah. Lokasi kamera yang menjadi sasaran perbuatan vandalisme terletak di kilometer 6.6 Lebuh Raya lembah Klang Selatan (SKVE), dari arah Puchong menuju ke Hospital Serdang atau ke arah Bangi, Selangor dan di kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara Selatan ke arah Kuala Lumpur.
Menurut sumber berita, insiden tersebut dipercayai dilakukan pada awal pagi 7 Disember 2012 yang lalu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut. Namun begitu, tinjauan terbaru mendapati kontraktor syarikat pengendali AES telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan kamera tersebut kembali berfungsi seperti biasa. Kepada pengguna jalan raya sekian, sila beri perhatian terhadap papan tanda had laju dan kamera.
No comments:
Post a Comment