Wednesday 23 January 2013

Bunga Matahari Gergasi Mexico atau Giant Mexican Sunflower

Bunga gergasi, Giant Mexican Sunflower. Kenapa gergasi? Sebab kalau diterjemahkan secara literal, nama bunga ini dalam bahasa Melayu adalah Bunga Matahari Gergasi Mexico. Bunganya memang agak besar berbanding bunga-bunga lain. Pokoknya saja boleh mencecah 10 kaki (lebih daripada 3 meter) tingginya. Bunga ini bewarna oren atau kuning macam dalam gambar di bawah ini.




Nama saintifiknya ialah Tithonia diversifolia dan ia dikenali juga dengan berbagai-bagai nama seperti Mexican Sunflower (tanpa Giant), Japanese Sunflower, Mexican Tournesol dan Tree Marigold 

Di kawasan yang sesuai, pokok bunga ini boleh berbunga sepanjang tahun. Dari segi perubatan, pokok ini boleh digunakan sebagai penawar racun. Jika berada di negara Taiwan,  tumbuhan ini dijual di pasar-pasar sebagai herba ubatan.

Untuk hidup subur, Giant Mexican Sunflower memerlukan tanah berpasir dan tidak menakung air. Dahan atau cabang-cabangnya perlu dicantas selalu untuk melebatkan bunganya. Hanya perlu disiram selalu pada musim kemarau atau kurang hujan.

Khabarnya bau bunga ini sangat digemari lebah dan rama-rama (yang tak datang kumbang).

No comments:

Post a Comment