Friday 21 December 2012

Tahun 2012, Bumi Kiamat ?



Akhir-akhir ini masyarakat dunia heboh memperkatakan tentang tarikh berlakunya hari kiamat. Di ruang internet, malahan televisyen, sibuk memperkatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari ini iaitu Jumaat bertarikh 21.12.2012.

Tarikh 21.12.2012 disebut-sebut, akan menjadi tarikh yang menakutkan kerana pada tarikh inilah, kiamat akan berlaku. Tarikh ini pada asalnya disandarkan pada satu kalendar masyarakat Mayan yang hidup satu ketika dulu di selatan Mexico. Mereka dikatakan menguasai ilmu falak sehingga telah meninggalkan banyak hasil peradaban mereka terutamanya sistem kalendar yang digunakan. Menurut mereka yang mendakwa telah mengkaji kalendar Mayan ini, kalendar ini ia akan tamat pada tahun 2012. Tarikh 21.12.2012 pula ditetapkan sebagai permulaan berlakunya satu perubahan besar pada alam ini dan ianya ditafsirkan sebagai kemusnahan alam ini atau berlakunya kiamat.

Cerita ini kemudian ditokok tambah dengan kononnya NASA iaitu sebuah agensi angkasa di Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa kemunculan sebuah planet bernama NiBiru yang akan menghentam bumi pada hari ini. Saiz planetini teramat besar sehingga mencapai 20 kali ganda lebih besar dari planet Musytari. Pada mulanya planet ini dijangkakan akan menghentam bumi pada Mei 2003, tetapi setelah tiada apa pun yang berlaku maka timbul pula tarikh jangkaan seterusnya iaitu  21 Disember 2012.

Begitu juga dengan sebuah lagi berita yang dikaitkan juga dengan NASA, bahawa bumi ini akan bergelap selama 3 hari, bermula 23, 24 dan 25 Disember 2012. Ini disebabkan berlakunya “Penjajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan berubah kedudukannya berbanding sekarang. Seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru. Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Sebagai seorang mukmin, kita telah diajarkan untuk menapis dan mempertimbangkan segala maklumat yang diperolehi agar kesahihannya dapat disabitkan berdasarkan Al-Quran dan Hadis.Dakwaan pertama yang mengaitkan tarikh kiamat dengan kalendar Mayan sebenarnya timbul dari penafsiran pengkaji semata-mata. Ini kerana di dalam kalender tersebut tidak menyebutkan pun bahawa dunia ini akan kiamat pada tahun 2012. Catatan di kalendar hanya menyatakan tahun 2012 diletakkan sebagai tahun terakhir dalam pusingan kalender  tersebut. Ini bermakna bagi tahun 2013, ia perlu dimulakan semula berdasarkan kiraan permulaan kalender seperti mana kalendar-kalendar lain. 


Dakwaan kedua yang menyatakan bahawa planet Nibiru akan melanggar bumi juga merupakan satu dakwaan yang tidak mempunyai sebarang asas. Jika fakta ini telah disandarkan kepada NASA, pihak NASA telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut. Tambahan pula dengan saiz Nibiru  yang sangat besar iaitu 20 kali ganda saiz Musytari, tidak munasabah sekiranya semua balai balai cerap dan ratusan ribu ahli falak di seluruh dunia tidak dapat mengesan planet ini dengan teleskop mereka. Apatah lagi dengan langit yang terbuka luas untuk sesiapa saja meneropong dan mengkajinya.

Dakwaan ketiga iaitu bumi akan bergelap selama 3 hari, juga telah dinafikan oleh Pihak NASA bahawa mereka atau mana-mana organisasi astronomi pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Penjajaran planet-planet  yang dikatakan akan berlaku juga hanya merupakan khabar angin semata-mata.

Berdasarkan kajian ahli-ahli falak, penjajaran ini tidak akan berlaku. Apa yang akan berlaku ialah pada 21 Disember, matahari akan berada di sebelah selatan pada garis lintang 21 darjah yang menandakan peralihan musim luruh ke musim sejuk, dan ianya adalah satu fenomena biasa yang berlaku pada setiap tahun.

Berdasarkan beberapa hujah di atas maka dapat kita simpulkan bahawa, ramalan kiamat akan berlaku pada hari ini, Jumaat 21.12.2012 adalah tidak berasas. Perbincangan mengenai Hari Kiamat bukan seperti perbincangan mengenai alam ghaib yang lain, malah ianya juga dikaji dan dibuktikan secara saintifik.

Namun tidak ada manfaatnya kita mengetahui tarikh berlakunya Hari Kiamat jika tidak ada sebarang usaha untuk menyediakan bekalan bagi menghadapinya. Terlalu banyak masa yang kita bazirkan dengan membahaskan tarikh berlakunya Kiamat jika tidak ada keinsafan dalam diri bahawa kita semua pasti akanmelaluinya. Terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadis nabi yang sahih menceritakan tentang kiamat dan persediaan menghadapinya, namun tidak kita pedulikan. Marilah kita mengubah sikap daripada terlalu mengambil berat tentang tarikh berlakunya Kiamat kepada bersungguh-sunguh membuat persediaan bagi menghadapinya.

Tuesday 11 December 2012

Nasi Kandar Pulau Pinang

Nasi kandar adalah antara hidangan yang paling popular di kawasan utara. Siang dan malam orang sanggup beratur panjang untuk menunggu giliran disebabkan penangan nasi berasal dari Pulau Pinag . Kena pula kedai yang kenakan harga yang  berpatutan, lagi panjang barisnya.


Hidangan nasi kukus yang dihidangkan dengan kuah  kari campur yang menambahkan lagi kesedapan dan menambah selera. Perkataan kandar berasal daripada daripada amalan peniaga pada zaman dahulu yang menjual nasi tersebut dengan cara menjinjing (mengkandar) tiang yang mengantung dua bekas nasi.

Antara lauk yang menjadi pilihan adalah sotong, udang, ikan tenggiri atau ayam goreng berempah dengan kuah kari yang dituang terus ke atas nasi dan tambahan sayur seperti bendi atau kubis. Kalau sampai ke Pulau Piang, jangan lupa untuk cuba sepinggan. 
   

Kamera AES Disembur Cat Merah

Dua kamera AES yang dipasang di Lembah Klang telah disembur cat merah. Lokasi kamera yang menjadi sasaran perbuatan vandalisme terletak di kilometer 6.6 Lebuh Raya lembah Klang Selatan (SKVE), dari arah Puchong menuju ke Hospital Serdang atau ke arah Bangi, Selangor dan di kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara Selatan ke arah  Kuala Lumpur.


Menurut sumber berita, insiden tersebut dipercayai dilakukan pada awal pagi 7 Disember 2012 yang lalu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut. Namun begitu, tinjauan terbaru mendapati kontraktor syarikat pengendali AES telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan kamera tersebut kembali berfungsi seperti biasa. Kepada pengguna jalan raya sekian, sila beri perhatian terhadap papan tanda had laju dan kamera.   

Wednesday 28 November 2012

Pameran MAHA 2012

MAHA 2012  atau  pameran   antara bangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia anjuran Kementerian Pertanian & Asas Tani Malaysia  diadakan pada 23 November sehingga 2 Disember 2012. Pameran ini menghimpunkan pelbagai teknologi dan inovasi terkini berkaitan pertanian, perniagaan berasaskan pertanian, hortikutor  serta perlancongan pertanian.

Tempat berlansungnya pameran ini adalah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Sedang (MAEPS), Selangor. Khabarnya MAHA edisi kali ini telah menarik penyertaan lebih 30 negara dari Eropah, Amerika Latin dan Asia.

Selain menarik perhatian pengunjung yang mencari teknologi dan produk terkini dalam bidang pertanian, pemeran ini juga dapat memperkenalkan bidang pertanian secara lebih dekat kepada anak-anak. Pengunjung yang menggunakan kereta tidak perlu risau kerana pihak penganjur telah menyediakan ruangan tempat meletak kenderaan yang besar dengan caj berpatutan.

Semoga matlamat asal bagi memperkenalkan industri pertanian Malaysia ke peringkat antarabangsa akan tercapai.   Seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara hab pertanian di samping pemangkin kepada pelaburan asing dan swasta.  

Tuesday 27 November 2012

Vettel Catat Rekod Pelumba Termuda Hatrik Kejuaraan F1

Sebatian Vettel, pelumba pasukan Reb Bull muncul gelaran juara dunia Formula 1  buat kali ke tiga berturut-turut selepas tamatnya perlumbaan terakhir untuk musim ini di Brazil pada Isnin lalu.
Walaupun pesaing terdekat Vettel, Fernando Alonso menamatkan  perlumbaan pada tempat ke dua pada aksi  di Litar Interlagos, San Paulo, namun Vettel yang menamatkan perlumbaan pada tempat ke enam dengan jumlah mata terkumpul  keseluruhan (281) telah menjulang beliau untuk muncul menjadi juara sekali lagi pada tahun ini. Tiga mata mengatasi jumlah terkumpul mata yang diperolehi Alonso.

 Kejayaan Vettel merangkul kejuaraan  secara hatrik pada usia 25 tahun adalah pencapaian luar biasa sekali gus memecahkan rekod yang pernah dicatatkan oleh pelumba legenda Brazil, Ayrton Senna yang muncul juara kali ketiga pada usia 31 tahun.

Pasukan F1 yang mempunyai kaitan dengan syarikat dari Malaysia

Untuk maklum, terdapat 3 pasukan F1 yang mempunyai kaitan dengan syarikat Malaysia samada melalui tajaan atau pemilikan syarikat iaitu Mercedes AMG Petronas (Petronas), Lotus F1 Team (Proton) dan Caterham F1 Team (Tony Fernandes, Air Asia).
AMG Petronas Formula One Team

Namun setakat hari ini ketiga-tiga pasukan tersebut belum dapat lagi berjaya untuk menjuarai kejuaraan F1. Harap-harap tahun depan, pasukan F1 yang ada kaitan dengan syarikat negara kita pula yang akan jadi juara.  

Lotus F1Team                                      
                                                                                  Caterham F1 Team

Thursday 22 November 2012

Piala AFF Suzuki 2012


Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 akan bermula pada 24 November 2012 sehingga 22 Disember 2012. Perlawanan edisi ke 9 ini  akan diadakan  Malaysia dan Thailand sebagai pasukan tuan rumah. Apakah nasib Pasukan Harimau Malaya kali ini?

Harap jurulatih kebangsaan, Dato' Rajagopal telah bersedia dengan idea pelan perlawanan untuk kemenangan dengan barisan pemain-pemain utama kebangsaan akan berjuang habis-habisan. Untuk rekod Malaysia adalah juara bertahan edisi 2010. 


Berikut adalah Senarai kumpulan serta jadual perlawanan untuk kejohanan pada kali ini :-
  






 

 

 

 

 

Harga Tiket


Selain daripada ikuti perlawanan yang akan disiarkan di saluran TV, kepada yang berminat boleh datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan secara “live”. Semua aksi melibatkan pasukan Malaysia akan berlangsung di Stadium Bukil Jalil.

Bagi perlawanan peringkat kumpulan harga tiket dikenakan adalah  RM30 seorang. Pada hari pertama dan kedua kejohanan, anda akan dapat saksikan dua perlawanan iaitu perlawanan pada jam 6.00 petang dan 8.45 malam

Manakala harga tiket bagi perlawanan separuh akhir adalah RM40 seorang dan RM50 untuk perlawanan akhir.

Semoga pasukan harimau akan berjaya dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012. MALAYSIA BOLEH”  Juara.. !!!

Tuesday 20 November 2012

Sarapan Pagi

Kenapa perlu mengambil sarapan pagi?


Selepas bangun daripada tidur selama 6-8 jam, perut menjadi  kosong dan aras glukosa dalam darah adalah rendah. Jika tidak bersarapan pagi, bagaimana badan dan otak kita yang memerlukan tenaga dapat menjalankan tugas-tugas dengan cekap dan berkesan.

Sarapan adalah hidangan pertama sekali perut kita terima selepas bangun dari tidur yang panjang  dan pada waktu tu la perut kita akan serap segalanya pada kadar yang paling tinggi. Jika kita terus masukkan makanan yang berat dan tinggi karbohidratnya ( nasi, mee, dan lain-lain ), ianya  ibarat kita tidur lepas tu tiba-tiba orang simbah air sebaldi dekat kita, lepas tu pankreas akan bekerja keras untuk mengeluarkan insulin dan jika ini berterusan setiap hari bayangkan apa akan jadi dekat pankreas kita, sebab itu ramai yang kena diabetes pada usia 40 tahun.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Sarapan pagi  dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Jika kita tidak bersarapan pula, konsepnya tetap sama, kita akan terus makan tengahari dimana kita akan makan makanan berat dan tinggi karbohidrat, bukan sahaja tidak elok untuk pankreas, malahan jika kita ingin menurunkan berat badan, memang tidak begitu efektif kerana bila badan kita terlalu lama tidak diberikan apa-apa, metabolisme badan terus turun dengan sendirinya dan bila kita makan selepas itu, memang badan kita tak dapat bakar dengan elok makanan tadi. Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada  yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Sunday 18 November 2012

How Safe Is Online Shopping

https://docs.google.com/open?id=1YQHFNLwtJ5TriyTFoatIV9yp04DrB0qtUjvcV59in9gLEitzdjWvLriIZgbV

Thursday 15 November 2012

Nissan Almera dipasaran tempatan

Nissan Almeera


Syarikat Edaran Tan Chong Motor telah melancarkan model  serba baru Nissan Almera di pasaran  Malaysia.  Almera merupakan model kereta sedan global Nissan terlaris di dunia dan akan bersaing bersama dengan model lain  di pasaran tempatan  dalam segmen B antaranya Proton Preve, Toyota Vios, Honda City dan Kia Vorte.
Kereta ini mengunakan enjin HRD 15E dengan kapasiti 1.5 liter  dan dilengkapi sistem Continuously Variable-Valve Control (CVTV) yang akan memberikan pemanduan selesa disamping  penggunaan bahan api yang mengkagumkan.


Kereta Almeera ditawarkan pada harga jualan yang agak menarik iaitu bermula dengan RM66,800 sehingga RM79,800 bergantung kepada gred, transmisi dan spesifikasi berbeza. Pembeli  juga boleh menjadikan kereta mereka kelihatan lebih menarik mengikut citarasa  tersendiri dengan memasang aksesori tambahan yang ditawarkan pada harga berasingan.
Khabarnya model Almera pemasangan tempatan (CKD) ini menggunakan banyak komponen keluaran tempatan membuatkan harga ditawarkan agak berpatutan. Terdapat lima warna ditawarkan iaitu emas, hitam, kelabu, perak dan putih.  Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia.

Maal Hijrah

Maal Hijrah atau Awal Muharram


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan cuti umum di Malaysia. 1 Muharram atau dipanggil awal Muharram bermaksud bermulanya tahun baru mengikut kalendar Islam dimana bulan Muharram adalah bulan pertama di dalam kelendar Islam.

Pada 15 November 2012 merupakan permulaan tahun baru kalendar Islam iaitu bersamaan tahun 1413 hijrah. Permulaan tahun mengikut kelendar Islam adalah pada tahun berlakunya peristiwa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah atau berpindah daripada kota Mekkah ke Madinah. Pada tahun berlakunya peristiwa hijrah ini ditandakan dengan tahun 1 hijrah atau tahun pertama kelendar Islam.

Hijrah juga adalah lambang perubahan dan memberi makna yang cukup besar kepada pembangunan tamadun umat Islam. Maal Hijrah yang saban tahun kita sambut dan raikan sebenarnya perlu difahami dan dihayati agar kita dapat memenuhi tuntutannya dan beriktibar daripadanya. Hijrah dari sudut bahasa bermaksud meninggalkan atau berganjak menjauhi sesuatu. Hijrah bermaksud permulaan kepada kita bergerak meninggalkan sesuatu keadaan yang buruk untuk beralih ke suatu keadaan yang lebih baik .  Apa azam anda untuk tahun ini ?

Bulan-bulan di dalam kelendar Islam

Terdapat 12 bulan di dalam kelendar Islam. Kebanyakan nama bulan tersebut dinamakan berdasarkan cuaca atau sempena peristiwa besar yang pernah berlaku. Berikut adalah nama bulan-bulan yang terdapat dalam kelendar Islam : 
1.  Muharram al-Haram(dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
2. Safar (صفر)
3. Rabiuawal (ربيع الأول)
4. Rabiuakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)
5. Jamadiawal(جمادي الأول)
6. Jamadiakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)
7. Rejab(رجب)
8. Syaaban(شعبان)
9. Ramadan (رمضان)
10. Syawal(شوال)
11. Zulkaedah(ذو القعدة)
12. Zulhijah(ذو الحجة)

Thursday 8 November 2012

Musim Hujan Dan Banjir Dah Tiba

Musim banjir

 Awal bulan November 2012, kejadian banjir telah mula melanda di beberapa tempat empat negeri pantai barat dan negeri di selatan  iaitu Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Antara daerah yang terlibat adalah Batu Pahat (Johor), Kuala Langat dan Sepang (Selangor), Melaka Tengah, Jasin (Melaka) dan Hilir Perak (Perak). Khabarnya dah ada penduduk kawasan yang terlibat yang telah dipindahkan dan ditempatkan di kawasan penempatan sementara banjir.


Fenomena Alam

Kalau dahulu kebiasaannya fenomena banjir dikaitkan dengan negeri yang sering dilanda banjir dan kawasan rendah di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang serta negeri Kedah dan Johor. Kejadian banjir merupakan fenomena alam yang disebabkan oleh  hujan lebat dan berterusan yang berlaku pada penghujung tahun akibat tiupan angin monson.

Jika anda bercadang untuk pergi bercuti dalam negeri semenanjung Malaysia pada hujung tahun, sila beri perhatian terhadap ramalan cuaca dan ikuti perkembangan semasa kawasan-kawasan yang dilanda banjir supaya perancangan percutian tidak terganggu.  

Monday 5 November 2012

Lee Chong Wei Tamatkan Zaman Bujang

Bintang sukan badminton Malaysia akan tamatkan zaman bujang




Jaguh badminton perseorangan utama Malaysia akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan November ini. Upacara perkahwinan Dato' Lee Chong Wei akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November 2012. Pasangan beliau Wong Mew Choo juga datangnya daripada dunia badminton adalah bekas ratu  badminton  negara. Khabarnya Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri  adalah antara orang kenamaan yang dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga berbahagia sampai ke anak cucu.



Latar belakang  Dato' Lee Chong Wee

Lee Chong Wee dilahirkan di Bangan Serai, Perak pada tahun 1982 merupakan pemain badminton profesional  yang berjaya dalam karier beliau sebagai pemain badminton perseorangan bertaraf dunia dan mengharumkan nama Malaysia. Antara pencapaian hebat beliau adalah apabila berjaya merangkul pingat  perak di temasya Olimpik tahun 2008 dan pada tahun 2012. Selepas  berjaya pulang bersama pingat perak dari Beijing pada tahun  2008 beliau dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh kerajaan Pulau Pinang dengan gelaran Dato'.

Panduan penjagaan enjin kereta


Penjagaan enjin kereta 

   
Walau jenama apa kereta pun yang anda pakai dari nama Honda, Toyota, Proton, Produa, BMW ataupun nama lain , enjin kereta merupakan nadi utama yang mengerakkan kereta dan perlu diberi perhatian. Kalau enjin kereta mengalami kerosakan serius ianya akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk memperbaikinya. Bahagian enjin ini perlu selalu dijaga daripada peringkat awal lagi iaitu dengan selalu menukar minyak enjin dan panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan.


 

Tukar minyak enjin kereta

Minyak pelincir enjin atau minyak enjin atau selalu dipanggil minyak hitam.  Minyak hitam  perlu ditukar kadar (KM) perjalanan yang telah ditetapkan mengikut jenis minyak yang digunakan.  
  

Kalau nak tahu bila minyak hitam perlu ditukar, sila baca keterangan pada label yang ditampal botol minyak tersebut atau tanya mekanik dibengkel kereta selepas servis kereta.  

 

Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan

Selepas menghidupkan enjin kereta setiap hari, penting untuk memanaskan enjin kereta sebelum bergerak. Lama ke nak kena panaskan enjin ini?. Jawapan yang betul cukuplah sekadar 2 minit sehingga 3 minit. Jika selepas hidupkan enjin dan terus jalan, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan enjin tersebut untuk jangka masa panjang.

Ini kerana apabila enjin dipanaskan minyak enjin akan mengalir ke seluruh komponen enjin dan melancarkan pergerakan setiap bahagian enjin tersebut. Sebaliknya jika selepas hidupkan enjin kereta dan terus jalan, enjin akan mengalami beban geseran serta tekanan untuk bergerak dan akhirnya bahagian enjin tersebut akan cepat haus.
  


Thursday 1 November 2012

Amalkan Makan Buah-Buahan Dan Minum Air Kosong


Berat badan makin bertambah? 

 

Kita perlu terus makan dan minum setiap hari. Ini adalah keperluan harian kita untuk mendapatkan tenaga bagi menjalankan kerja atau aktiviti lain dan terus hidup. Kemudian badan kita makin hari semakin membesar dan berat badan semakin bertambah. Antara penyebabnya adalah sebab usia semakin meningkat (dah tua), hidup penuh tekanan, makan terlalu banyak dan tidak bersenam atau tak sempat untuk melakukan senaman.
  
Salah satu punya berat badan makin bertambah dan payah nak turun adalah disebabkan makanan seharian yang mempunyai kandungan karbohidrat terlalu tinggi. Ianya juga adalah punya utama sindrom metabolik disebabkan pengambilan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi tetapi tidak selari dengan kadar jumlah tenaga yang kita digunakan atau keperluan kalori harian.



Tanpa disedari kadang kala setiap hari kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat. Antara m
akanan berkarbohidrat tinggi yang tidak sihat adalah gula pasir (sukrosa)  berbanding karbohidrat daripada buah-buahan (fruktosa). Oleh itu makan buah-buahan adalah lebih sihat dan akan membantu menurunkan berat badan berbanding mengambil makanan atau minuman manis.



Makanan dan minuman harian 

Secara ringkasnya kurangkan pengambilan gula, kurangkan minuman yang manis, kurangkan makan makanan proses, kurangkan pengambilan makanan berasaskan tepung gandum dan makanan segera. Ramai yang salah faham, sesetengah roti juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Amalkanlah makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan mempunyai kandungan serat yang tinggi dan minum air kosong.

Wednesday 24 October 2012

Hati-hati di jalan raya ingat kamera AES


Apa itu kamera AES ?

Mungkin ramai dah baca dalam surat khabar atau ikuti perkembangan cerita kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Antara lokasi kamera tersebut yang menjadi kontroversi terletak di lebuh raya SKVE pada KM 6.5 dari arah selatan berdekatan stesen minyak Shell. Ramai yang tak puas hati sebab kalau dari Puchong menuju ke arah Hospital Sedang atau ke Bangi (kelas hujung minggu UKM), memang tiada sebarang papan tanda pemberitahuan diletakkan.

Pengunaan kamera AES di Malaysia

Sistem AES (Automatic Enforcement) ini dah dilaksanakan negara-negara lain di seluruh dunia antaranya Perancis, Jerman, Kuwait dan United Kingdom.

Manakala di negara kita, bermula 23 Sepmber 2012 Sistem AES  telah mula beroperasi untuk mengesan pesalah jalanraya di 14 lokasi yang telah dipilih.
Menurut sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ menyasarkan untuk memasang 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan.  
Untuk frasa  pertama penggunaan kamera AES ini akan digunakan untuk mengesan kesalahan pengguna jalan raya yang memandu melebihi had kelajuan  dibenarkan dan langar isyarat lampu merah.
Maklumat kesalahan yang dirakam kamera ini akan dihantar secara real time ke Pusat Kawalan AES (Control Center) untuk diproses. Pemilik/pemandu yang melakukan kesalahan tersebut kemudiannya akan dikenalpasti melalui pengkalan data JPJ. Akhir sekali saman akan dikeluarkan secara automatik dan akan sampai ke rumah anda melalui pos.  
Difahamkan terdapat 2 syarikat yang mengendalikan kamera AES yang mana syarikat ini akan mendapat komisen bagi setiap saman yang dikeluarkan iaitu :-
1) Beta Tegap Sdn. Bhd. (menggunakan sistem Redflex daripada Australia)
2) ATES Sdn. Bhd. (menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman) 
  

Kebaikan Kamera AES

1) Pihak kerajaan berharap perlaksanaan AES akan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

2) Mengurangkan tenaga kerja pegawai polis untuk tugas-tugas penting  lain dan juga mencegah rasuah atau duit kopi.

3) Kamera AES ini dapat menjalankan tugasnya 24 jam, siang dan malam.  

Rungutan orang ramai berkaitan penggunaan Kamera AES

1) Tiada papan tanda yang jelas sebagai peringatan  di kawasan berhampiran sebagai kepada pengguna jalan raya.

2) Cahaya flash yang terang dari kamera menerangi wajah pemandu dan penumbang pada waktu malam. 

3) Kamera AES diletakan di kawasan yang tidak sesuai seperti berdekatan hospital atau di kawasan had laju adalah 50km sejam.

4) Syarikat yang dapat kontrak pengendalian sistem AES hanya berminat untuk mendapat keuntungan sahaja. 

Sebagai panduan untuk semua, sila lawati laman web www.jpj.gov.my untuk keterangan lanjut dan lokasi pemasangan kamera AES.



Monday 22 October 2012

Perkembangan sukan paling popular di Malaysia. Bola sepak Piala Malaysia 2012.




Keputusan Piala Malaysia - Kelantan  menang 3-2 dalam perlawanan penuh sengit menentang  ATM berlangsung pada Sabtu 20.10.12 (malam)  di stadium Shah Alam, Selangor.

Perlawanan ini memang menjadi perbualan ramai peminat sukan diseluruh Malaysia samada yang tengok secara langsung daripada stadium Shah Alam atau pun di depan TV. Penyokong-penyokong kedua-dua pasukan Kelantan ataupun ATM memang bersemangat sekali memberi sokongan untuk pasukan masing-masing.  Sepanjang perlawanan berlangsung banyak aksi-aksi menarik seperti seperti di atas. Harap jangan tiru buat kat rumah atau pejabat.

Sekian, saya melaporkan dari Cyberjaya.