Sunday, 13 January 2013

Harga Rumah Semakin Meningkat

Golongan berpendapatan sederhana rendah yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan berdepan kesukaran memiliki kediaman sendiri berikutan keghairahan pemaju dan spekulator yang mengambil sikap mementingkan diri dengan menaikkan harga rumah secara keterlaluan terutama di Lembah Klang.
Keluarga dengan pendapatan sebanyak itu hanya mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM200,000 sedangkan boleh dikatakan tiada lagi unit baru yang dibangunkan dengan harga terbabit.
“Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM6,000 di mana kedua-dua pasangan bekerja, mempunyai sebuah kenderaan dengan seorang anak selain tanggungan kepada ibu bapa, akan mempunyai baki untuk simpanan kira-kira RM150 saja sebulan sekiranya mereka membeli rumah berharga RM400,000 seperti yang banyak dijual kini,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Berdasarkan kenyataan yang sering dikeluarkan oleh pemaju dan pemain utama dalam industri perumahan, harga rumah di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan Negara lain seperti Singapura atau Hong Kong.
Realitinya semenjak dua tiga tahun kebelakang ini harga rumah dan hartanah telah naik dengan mendadak dan kadang kala macam tidak masuk akal. Seorang yang  bekerja dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan merasa amat merasa gusar dengan kos yang semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Selangor.
(Rumah teres 2 tingkat 20' x 70' bermula dari RM500,000)


Antara punca harga rumah semakin meningkat.
Margin keuntungan pemaju?  Kos binaan dan buruh semakin mahal ?
Pemaju perumahan yang dahulunya, mungkin mengambil hanya 30% keuntungan dari harga jualan rumah, sekarang sudah mula mengambil 60% dan . Kebiasaannya 100%, malah ada yang sampai 150% margin keuntungan untuk harga rumah.
Rumah-rumah yang kosnya sekitar RM 100,000, sudah meningkat menjadi RM 250,000 atas “kerakusan” pemaju perumahan dan juga agen-ejen perumahan.

No comments:

Post a Comment