Thursday 24 January 2013

Kereta Teknologi Hybrid

Model produksi pertama kenderaan bersifat komersial *Tial wastegate* ialah Ford model T yang diperkenalkan pada era 1900. Ketika itu ia langsung tidak dijangka menjadi antara penyumbang utama pencemaran alam sekitar. Kekaguman dunia terhadap industri automotif memuncak tanpa adanya kesedaran bahawa kemudahan yang kita kecapi hari ini penyebab kemusnahan dunia.
Hakikatnya bahawa pencemaran oleh gas karbon monoksida hanya mula disedari 70 tahun selepas itu dengan negara maju mengambil inisiatif memperkenalkan alat catalytic converter, had pengeluaran asap dan jangka hayat kenderaan. Teknologi enjin hybrid adalah pilihan sumber bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel yang dimana kedua-dua bahan api fosil itu sentiasa terdedah kepada kenaikan harga. Teknologi enjin hybrid sudah dimajukan oleh beberapa gergasi automotif dunia dan terbukti berhasil melahirkan kenderaan mesra alam.

Definasi Teknologi Hybrid
Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak


Bagaimana teknologi hybrid berfungsi
Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.    Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa, sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan itu.   

Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada bahan api itu. Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan asap, sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.    Komponen lain ialah motor elektrik sebagai penjana kuasa, bateri voltan bersaiz kompak yang menyimpan tenaga, manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional lain. Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah. Jika ditinjau situasi semasa, kereta kuasa elektrik terbukti tidak mencemarkan alam sekitar, sebaliknya hanya berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicaj semula selain kereta itu bergerak perlahan dan kesukaran mencari tempat untuk mencaj semula.

Toyota Prius

Faktor:
Kebanyakan kereta memerlukan enjin bersaiz besar untuk menghasilkan kuasa bagi menggerakkan kereta dengan pantas tetapi penggunaan enjin kecil boleh ditingkatkan dengan menggunakan komponen lebih ringan termasuk mengurangkan jumlah silinder dan memaksimumkan penggunaan enjin.   

Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan di dalam bateri yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat tetapi dibantu kuasa bateri biasa. Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.   

Kini teknologi hybrid muncul bagi merancakkan lagi usaha ke arah menjadikan bumi lebih hijau. Antara gergasi automotif yang telah memperkenalkan teknologi hybrid mereka ialah Toyota (Hybrid Synergy Drive) melalui model Toyota Prius, Honda (Integrated Motor Assisstant) melalui model Honda Civic Hybrid, Ford (Fusion Hybrid) melalui model Ford Fusion Hybrid dan sebagainya dan tidak ketinggalan syarikat automotif tempatan, Proton (Lotus Range Extender) melalui model kereta konsep mereka, Proton EMAS.   

Proton Emas


Malaysia juga antara negara di rantau ini yang komited dalam polisi Teknologi Hijau malah, dalam Dasar Automotif Negara (DAN) yang dibentangkan bermula pada awal tahun 2010, ia termaktub bersama. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.    Syarikat-syarikat yang mengamalkan aktiviti2 penjimatan tenaga layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan dan Status Perintis.   

Pada masa kini teknologi hybrid boleh masih agak mahal. Walaubagaimanapun dengan adanya insentif daripada pihak kerajaan yang menghapuskan duti eksais ke atas kereta berteknologi hybrid, maka harga kereta tersebut menjadi agak berpatutan. Contohnya sebuah Toyota Prius di Malaysia ialah RM 17x,xxx,  Honda Civic Hybrid RM 13x xxx manakala Proton EMAS dijangka akan berada di jalan raya seawalnya 2013. Ketika mana dunia mengalami penyusutan bekalan petroleum, pengenalan dan penambahbaikan teknologi hybrid amatlah dialu-alukan.   

Jika sekarang sebuah kereta bersesaran 1600 cc yang menempuh kesesakan jalan raya selama 45 minit untuk ke tempat kerja berjarak 12 km (penghuni Pulau Pinang Pulau Mutiara lebih memahami) memerlukan 7.0 L petrol untuk perjalanan sejauh 100 km, maka dengan teknologi hybrid jumlahnya boleh dikurangkan kepada 3-4 L petrol sahaja. Jadi bayangkan penjimatan petrol dan wang yang ditawarkan selain pengurangan asap dan bahan pencemar lain ke atmosfera bumi. Harap dimasa akan datang kita akan berpeluangan untuk mempunyai kenderaan hybrid mampu milik.

Ringkasan:
Namun apa yang lebih utama ialah menjadikan teknologi hybrid sebagai teknologi mampu milik untuk segenap lapisan masyarakat dan harganya.. diulangi harganya berpatutan.

No comments:

Post a Comment