Wednesday 28 November 2012

Pameran MAHA 2012

MAHA 2012  atau  pameran   antara bangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia anjuran Kementerian Pertanian & Asas Tani Malaysia  diadakan pada 23 November sehingga 2 Disember 2012. Pameran ini menghimpunkan pelbagai teknologi dan inovasi terkini berkaitan pertanian, perniagaan berasaskan pertanian, hortikutor  serta perlancongan pertanian.

Tempat berlansungnya pameran ini adalah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Sedang (MAEPS), Selangor. Khabarnya MAHA edisi kali ini telah menarik penyertaan lebih 30 negara dari Eropah, Amerika Latin dan Asia.

Selain menarik perhatian pengunjung yang mencari teknologi dan produk terkini dalam bidang pertanian, pemeran ini juga dapat memperkenalkan bidang pertanian secara lebih dekat kepada anak-anak. Pengunjung yang menggunakan kereta tidak perlu risau kerana pihak penganjur telah menyediakan ruangan tempat meletak kenderaan yang besar dengan caj berpatutan.

Semoga matlamat asal bagi memperkenalkan industri pertanian Malaysia ke peringkat antarabangsa akan tercapai.   Seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara hab pertanian di samping pemangkin kepada pelaburan asing dan swasta.  

Tuesday 27 November 2012

Vettel Catat Rekod Pelumba Termuda Hatrik Kejuaraan F1

Sebatian Vettel, pelumba pasukan Reb Bull muncul gelaran juara dunia Formula 1  buat kali ke tiga berturut-turut selepas tamatnya perlumbaan terakhir untuk musim ini di Brazil pada Isnin lalu.
Walaupun pesaing terdekat Vettel, Fernando Alonso menamatkan  perlumbaan pada tempat ke dua pada aksi  di Litar Interlagos, San Paulo, namun Vettel yang menamatkan perlumbaan pada tempat ke enam dengan jumlah mata terkumpul  keseluruhan (281) telah menjulang beliau untuk muncul menjadi juara sekali lagi pada tahun ini. Tiga mata mengatasi jumlah terkumpul mata yang diperolehi Alonso.

 Kejayaan Vettel merangkul kejuaraan  secara hatrik pada usia 25 tahun adalah pencapaian luar biasa sekali gus memecahkan rekod yang pernah dicatatkan oleh pelumba legenda Brazil, Ayrton Senna yang muncul juara kali ketiga pada usia 31 tahun.

Pasukan F1 yang mempunyai kaitan dengan syarikat dari Malaysia

Untuk maklum, terdapat 3 pasukan F1 yang mempunyai kaitan dengan syarikat Malaysia samada melalui tajaan atau pemilikan syarikat iaitu Mercedes AMG Petronas (Petronas), Lotus F1 Team (Proton) dan Caterham F1 Team (Tony Fernandes, Air Asia).
AMG Petronas Formula One Team

Namun setakat hari ini ketiga-tiga pasukan tersebut belum dapat lagi berjaya untuk menjuarai kejuaraan F1. Harap-harap tahun depan, pasukan F1 yang ada kaitan dengan syarikat negara kita pula yang akan jadi juara.  

Lotus F1Team                                      
                                                                                  Caterham F1 Team

Thursday 22 November 2012

Piala AFF Suzuki 2012


Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 akan bermula pada 24 November 2012 sehingga 22 Disember 2012. Perlawanan edisi ke 9 ini  akan diadakan  Malaysia dan Thailand sebagai pasukan tuan rumah. Apakah nasib Pasukan Harimau Malaya kali ini?

Harap jurulatih kebangsaan, Dato' Rajagopal telah bersedia dengan idea pelan perlawanan untuk kemenangan dengan barisan pemain-pemain utama kebangsaan akan berjuang habis-habisan. Untuk rekod Malaysia adalah juara bertahan edisi 2010. 


Berikut adalah Senarai kumpulan serta jadual perlawanan untuk kejohanan pada kali ini :-
  






 

 

 

 

 

Harga Tiket


Selain daripada ikuti perlawanan yang akan disiarkan di saluran TV, kepada yang berminat boleh datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan secara “live”. Semua aksi melibatkan pasukan Malaysia akan berlangsung di Stadium Bukil Jalil.

Bagi perlawanan peringkat kumpulan harga tiket dikenakan adalah  RM30 seorang. Pada hari pertama dan kedua kejohanan, anda akan dapat saksikan dua perlawanan iaitu perlawanan pada jam 6.00 petang dan 8.45 malam

Manakala harga tiket bagi perlawanan separuh akhir adalah RM40 seorang dan RM50 untuk perlawanan akhir.

Semoga pasukan harimau akan berjaya dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012. MALAYSIA BOLEH”  Juara.. !!!

Tuesday 20 November 2012

Sarapan Pagi

Kenapa perlu mengambil sarapan pagi?


Selepas bangun daripada tidur selama 6-8 jam, perut menjadi  kosong dan aras glukosa dalam darah adalah rendah. Jika tidak bersarapan pagi, bagaimana badan dan otak kita yang memerlukan tenaga dapat menjalankan tugas-tugas dengan cekap dan berkesan.

Sarapan adalah hidangan pertama sekali perut kita terima selepas bangun dari tidur yang panjang  dan pada waktu tu la perut kita akan serap segalanya pada kadar yang paling tinggi. Jika kita terus masukkan makanan yang berat dan tinggi karbohidratnya ( nasi, mee, dan lain-lain ), ianya  ibarat kita tidur lepas tu tiba-tiba orang simbah air sebaldi dekat kita, lepas tu pankreas akan bekerja keras untuk mengeluarkan insulin dan jika ini berterusan setiap hari bayangkan apa akan jadi dekat pankreas kita, sebab itu ramai yang kena diabetes pada usia 40 tahun.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Sarapan pagi  dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Jika kita tidak bersarapan pula, konsepnya tetap sama, kita akan terus makan tengahari dimana kita akan makan makanan berat dan tinggi karbohidrat, bukan sahaja tidak elok untuk pankreas, malahan jika kita ingin menurunkan berat badan, memang tidak begitu efektif kerana bila badan kita terlalu lama tidak diberikan apa-apa, metabolisme badan terus turun dengan sendirinya dan bila kita makan selepas itu, memang badan kita tak dapat bakar dengan elok makanan tadi. Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada  yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Sunday 18 November 2012

How Safe Is Online Shopping

https://docs.google.com/open?id=1YQHFNLwtJ5TriyTFoatIV9yp04DrB0qtUjvcV59in9gLEitzdjWvLriIZgbV

Thursday 15 November 2012

Nissan Almera dipasaran tempatan

Nissan Almeera


Syarikat Edaran Tan Chong Motor telah melancarkan model  serba baru Nissan Almera di pasaran  Malaysia.  Almera merupakan model kereta sedan global Nissan terlaris di dunia dan akan bersaing bersama dengan model lain  di pasaran tempatan  dalam segmen B antaranya Proton Preve, Toyota Vios, Honda City dan Kia Vorte.
Kereta ini mengunakan enjin HRD 15E dengan kapasiti 1.5 liter  dan dilengkapi sistem Continuously Variable-Valve Control (CVTV) yang akan memberikan pemanduan selesa disamping  penggunaan bahan api yang mengkagumkan.


Kereta Almeera ditawarkan pada harga jualan yang agak menarik iaitu bermula dengan RM66,800 sehingga RM79,800 bergantung kepada gred, transmisi dan spesifikasi berbeza. Pembeli  juga boleh menjadikan kereta mereka kelihatan lebih menarik mengikut citarasa  tersendiri dengan memasang aksesori tambahan yang ditawarkan pada harga berasingan.
Khabarnya model Almera pemasangan tempatan (CKD) ini menggunakan banyak komponen keluaran tempatan membuatkan harga ditawarkan agak berpatutan. Terdapat lima warna ditawarkan iaitu emas, hitam, kelabu, perak dan putih.  Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia.

Maal Hijrah

Maal Hijrah atau Awal Muharram


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan cuti umum di Malaysia. 1 Muharram atau dipanggil awal Muharram bermaksud bermulanya tahun baru mengikut kalendar Islam dimana bulan Muharram adalah bulan pertama di dalam kelendar Islam.

Pada 15 November 2012 merupakan permulaan tahun baru kalendar Islam iaitu bersamaan tahun 1413 hijrah. Permulaan tahun mengikut kelendar Islam adalah pada tahun berlakunya peristiwa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah atau berpindah daripada kota Mekkah ke Madinah. Pada tahun berlakunya peristiwa hijrah ini ditandakan dengan tahun 1 hijrah atau tahun pertama kelendar Islam.

Hijrah juga adalah lambang perubahan dan memberi makna yang cukup besar kepada pembangunan tamadun umat Islam. Maal Hijrah yang saban tahun kita sambut dan raikan sebenarnya perlu difahami dan dihayati agar kita dapat memenuhi tuntutannya dan beriktibar daripadanya. Hijrah dari sudut bahasa bermaksud meninggalkan atau berganjak menjauhi sesuatu. Hijrah bermaksud permulaan kepada kita bergerak meninggalkan sesuatu keadaan yang buruk untuk beralih ke suatu keadaan yang lebih baik .  Apa azam anda untuk tahun ini ?

Bulan-bulan di dalam kelendar Islam

Terdapat 12 bulan di dalam kelendar Islam. Kebanyakan nama bulan tersebut dinamakan berdasarkan cuaca atau sempena peristiwa besar yang pernah berlaku. Berikut adalah nama bulan-bulan yang terdapat dalam kelendar Islam : 
1.  Muharram al-Haram(dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
2. Safar (صفر)
3. Rabiuawal (ربيع الأول)
4. Rabiuakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)
5. Jamadiawal(جمادي الأول)
6. Jamadiakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)
7. Rejab(رجب)
8. Syaaban(شعبان)
9. Ramadan (رمضان)
10. Syawal(شوال)
11. Zulkaedah(ذو القعدة)
12. Zulhijah(ذو الحجة)

Thursday 8 November 2012

Musim Hujan Dan Banjir Dah Tiba

Musim banjir

 Awal bulan November 2012, kejadian banjir telah mula melanda di beberapa tempat empat negeri pantai barat dan negeri di selatan  iaitu Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Antara daerah yang terlibat adalah Batu Pahat (Johor), Kuala Langat dan Sepang (Selangor), Melaka Tengah, Jasin (Melaka) dan Hilir Perak (Perak). Khabarnya dah ada penduduk kawasan yang terlibat yang telah dipindahkan dan ditempatkan di kawasan penempatan sementara banjir.


Fenomena Alam

Kalau dahulu kebiasaannya fenomena banjir dikaitkan dengan negeri yang sering dilanda banjir dan kawasan rendah di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang serta negeri Kedah dan Johor. Kejadian banjir merupakan fenomena alam yang disebabkan oleh  hujan lebat dan berterusan yang berlaku pada penghujung tahun akibat tiupan angin monson.

Jika anda bercadang untuk pergi bercuti dalam negeri semenanjung Malaysia pada hujung tahun, sila beri perhatian terhadap ramalan cuaca dan ikuti perkembangan semasa kawasan-kawasan yang dilanda banjir supaya perancangan percutian tidak terganggu.  

Monday 5 November 2012

Lee Chong Wei Tamatkan Zaman Bujang

Bintang sukan badminton Malaysia akan tamatkan zaman bujang




Jaguh badminton perseorangan utama Malaysia akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan November ini. Upacara perkahwinan Dato' Lee Chong Wei akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November 2012. Pasangan beliau Wong Mew Choo juga datangnya daripada dunia badminton adalah bekas ratu  badminton  negara. Khabarnya Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri  adalah antara orang kenamaan yang dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga berbahagia sampai ke anak cucu.



Latar belakang  Dato' Lee Chong Wee

Lee Chong Wee dilahirkan di Bangan Serai, Perak pada tahun 1982 merupakan pemain badminton profesional  yang berjaya dalam karier beliau sebagai pemain badminton perseorangan bertaraf dunia dan mengharumkan nama Malaysia. Antara pencapaian hebat beliau adalah apabila berjaya merangkul pingat  perak di temasya Olimpik tahun 2008 dan pada tahun 2012. Selepas  berjaya pulang bersama pingat perak dari Beijing pada tahun  2008 beliau dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh kerajaan Pulau Pinang dengan gelaran Dato'.

Panduan penjagaan enjin kereta


Penjagaan enjin kereta 

   
Walau jenama apa kereta pun yang anda pakai dari nama Honda, Toyota, Proton, Produa, BMW ataupun nama lain , enjin kereta merupakan nadi utama yang mengerakkan kereta dan perlu diberi perhatian. Kalau enjin kereta mengalami kerosakan serius ianya akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk memperbaikinya. Bahagian enjin ini perlu selalu dijaga daripada peringkat awal lagi iaitu dengan selalu menukar minyak enjin dan panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan.


 

Tukar minyak enjin kereta

Minyak pelincir enjin atau minyak enjin atau selalu dipanggil minyak hitam.  Minyak hitam  perlu ditukar kadar (KM) perjalanan yang telah ditetapkan mengikut jenis minyak yang digunakan.  
  

Kalau nak tahu bila minyak hitam perlu ditukar, sila baca keterangan pada label yang ditampal botol minyak tersebut atau tanya mekanik dibengkel kereta selepas servis kereta.  

 

Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan

Selepas menghidupkan enjin kereta setiap hari, penting untuk memanaskan enjin kereta sebelum bergerak. Lama ke nak kena panaskan enjin ini?. Jawapan yang betul cukuplah sekadar 2 minit sehingga 3 minit. Jika selepas hidupkan enjin dan terus jalan, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan enjin tersebut untuk jangka masa panjang.

Ini kerana apabila enjin dipanaskan minyak enjin akan mengalir ke seluruh komponen enjin dan melancarkan pergerakan setiap bahagian enjin tersebut. Sebaliknya jika selepas hidupkan enjin kereta dan terus jalan, enjin akan mengalami beban geseran serta tekanan untuk bergerak dan akhirnya bahagian enjin tersebut akan cepat haus.
  


Thursday 1 November 2012

Amalkan Makan Buah-Buahan Dan Minum Air Kosong


Berat badan makin bertambah? 

 

Kita perlu terus makan dan minum setiap hari. Ini adalah keperluan harian kita untuk mendapatkan tenaga bagi menjalankan kerja atau aktiviti lain dan terus hidup. Kemudian badan kita makin hari semakin membesar dan berat badan semakin bertambah. Antara penyebabnya adalah sebab usia semakin meningkat (dah tua), hidup penuh tekanan, makan terlalu banyak dan tidak bersenam atau tak sempat untuk melakukan senaman.
  
Salah satu punya berat badan makin bertambah dan payah nak turun adalah disebabkan makanan seharian yang mempunyai kandungan karbohidrat terlalu tinggi. Ianya juga adalah punya utama sindrom metabolik disebabkan pengambilan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi tetapi tidak selari dengan kadar jumlah tenaga yang kita digunakan atau keperluan kalori harian.



Tanpa disedari kadang kala setiap hari kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat. Antara m
akanan berkarbohidrat tinggi yang tidak sihat adalah gula pasir (sukrosa)  berbanding karbohidrat daripada buah-buahan (fruktosa). Oleh itu makan buah-buahan adalah lebih sihat dan akan membantu menurunkan berat badan berbanding mengambil makanan atau minuman manis.



Makanan dan minuman harian 

Secara ringkasnya kurangkan pengambilan gula, kurangkan minuman yang manis, kurangkan makan makanan proses, kurangkan pengambilan makanan berasaskan tepung gandum dan makanan segera. Ramai yang salah faham, sesetengah roti juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Amalkanlah makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan mempunyai kandungan serat yang tinggi dan minum air kosong.