Thursday 15 November 2012

Maal Hijrah

Maal Hijrah atau Awal Muharram


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan cuti umum di Malaysia. 1 Muharram atau dipanggil awal Muharram bermaksud bermulanya tahun baru mengikut kalendar Islam dimana bulan Muharram adalah bulan pertama di dalam kelendar Islam.

Pada 15 November 2012 merupakan permulaan tahun baru kalendar Islam iaitu bersamaan tahun 1413 hijrah. Permulaan tahun mengikut kelendar Islam adalah pada tahun berlakunya peristiwa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah atau berpindah daripada kota Mekkah ke Madinah. Pada tahun berlakunya peristiwa hijrah ini ditandakan dengan tahun 1 hijrah atau tahun pertama kelendar Islam.

Hijrah juga adalah lambang perubahan dan memberi makna yang cukup besar kepada pembangunan tamadun umat Islam. Maal Hijrah yang saban tahun kita sambut dan raikan sebenarnya perlu difahami dan dihayati agar kita dapat memenuhi tuntutannya dan beriktibar daripadanya. Hijrah dari sudut bahasa bermaksud meninggalkan atau berganjak menjauhi sesuatu. Hijrah bermaksud permulaan kepada kita bergerak meninggalkan sesuatu keadaan yang buruk untuk beralih ke suatu keadaan yang lebih baik .  Apa azam anda untuk tahun ini ?

Bulan-bulan di dalam kelendar Islam

Terdapat 12 bulan di dalam kelendar Islam. Kebanyakan nama bulan tersebut dinamakan berdasarkan cuaca atau sempena peristiwa besar yang pernah berlaku. Berikut adalah nama bulan-bulan yang terdapat dalam kelendar Islam : 
1.  Muharram al-Haram(dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
2. Safar (صفر)
3. Rabiuawal (ربيع الأول)
4. Rabiuakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)
5. Jamadiawal(جمادي الأول)
6. Jamadiakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)
7. Rejab(رجب)
8. Syaaban(شعبان)
9. Ramadan (رمضان)
10. Syawal(شوال)
11. Zulkaedah(ذو القعدة)
12. Zulhijah(ذو الحجة)

No comments:

Post a Comment