Monday 5 November 2012

Panduan penjagaan enjin kereta


Penjagaan enjin kereta 

   
Walau jenama apa kereta pun yang anda pakai dari nama Honda, Toyota, Proton, Produa, BMW ataupun nama lain , enjin kereta merupakan nadi utama yang mengerakkan kereta dan perlu diberi perhatian. Kalau enjin kereta mengalami kerosakan serius ianya akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk memperbaikinya. Bahagian enjin ini perlu selalu dijaga daripada peringkat awal lagi iaitu dengan selalu menukar minyak enjin dan panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan.


 

Tukar minyak enjin kereta

Minyak pelincir enjin atau minyak enjin atau selalu dipanggil minyak hitam.  Minyak hitam  perlu ditukar kadar (KM) perjalanan yang telah ditetapkan mengikut jenis minyak yang digunakan.  
  

Kalau nak tahu bila minyak hitam perlu ditukar, sila baca keterangan pada label yang ditampal botol minyak tersebut atau tanya mekanik dibengkel kereta selepas servis kereta.  

 

Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan

Selepas menghidupkan enjin kereta setiap hari, penting untuk memanaskan enjin kereta sebelum bergerak. Lama ke nak kena panaskan enjin ini?. Jawapan yang betul cukuplah sekadar 2 minit sehingga 3 minit. Jika selepas hidupkan enjin dan terus jalan, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan enjin tersebut untuk jangka masa panjang.

Ini kerana apabila enjin dipanaskan minyak enjin akan mengalir ke seluruh komponen enjin dan melancarkan pergerakan setiap bahagian enjin tersebut. Sebaliknya jika selepas hidupkan enjin kereta dan terus jalan, enjin akan mengalami beban geseran serta tekanan untuk bergerak dan akhirnya bahagian enjin tersebut akan cepat haus.
  


No comments:

Post a Comment