Thursday 8 November 2012

Musim Hujan Dan Banjir Dah Tiba

Musim banjir

 Awal bulan November 2012, kejadian banjir telah mula melanda di beberapa tempat empat negeri pantai barat dan negeri di selatan  iaitu Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Antara daerah yang terlibat adalah Batu Pahat (Johor), Kuala Langat dan Sepang (Selangor), Melaka Tengah, Jasin (Melaka) dan Hilir Perak (Perak). Khabarnya dah ada penduduk kawasan yang terlibat yang telah dipindahkan dan ditempatkan di kawasan penempatan sementara banjir.


Fenomena Alam

Kalau dahulu kebiasaannya fenomena banjir dikaitkan dengan negeri yang sering dilanda banjir dan kawasan rendah di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang serta negeri Kedah dan Johor. Kejadian banjir merupakan fenomena alam yang disebabkan oleh  hujan lebat dan berterusan yang berlaku pada penghujung tahun akibat tiupan angin monson.

Jika anda bercadang untuk pergi bercuti dalam negeri semenanjung Malaysia pada hujung tahun, sila beri perhatian terhadap ramalan cuaca dan ikuti perkembangan semasa kawasan-kawasan yang dilanda banjir supaya perancangan percutian tidak terganggu.  

No comments:

Post a Comment