Tuesday 20 November 2012

Sarapan Pagi

Kenapa perlu mengambil sarapan pagi?


Selepas bangun daripada tidur selama 6-8 jam, perut menjadi  kosong dan aras glukosa dalam darah adalah rendah. Jika tidak bersarapan pagi, bagaimana badan dan otak kita yang memerlukan tenaga dapat menjalankan tugas-tugas dengan cekap dan berkesan.

Sarapan adalah hidangan pertama sekali perut kita terima selepas bangun dari tidur yang panjang  dan pada waktu tu la perut kita akan serap segalanya pada kadar yang paling tinggi. Jika kita terus masukkan makanan yang berat dan tinggi karbohidratnya ( nasi, mee, dan lain-lain ), ianya  ibarat kita tidur lepas tu tiba-tiba orang simbah air sebaldi dekat kita, lepas tu pankreas akan bekerja keras untuk mengeluarkan insulin dan jika ini berterusan setiap hari bayangkan apa akan jadi dekat pankreas kita, sebab itu ramai yang kena diabetes pada usia 40 tahun.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Sarapan pagi  dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Jika kita tidak bersarapan pula, konsepnya tetap sama, kita akan terus makan tengahari dimana kita akan makan makanan berat dan tinggi karbohidrat, bukan sahaja tidak elok untuk pankreas, malahan jika kita ingin menurunkan berat badan, memang tidak begitu efektif kerana bila badan kita terlalu lama tidak diberikan apa-apa, metabolisme badan terus turun dengan sendirinya dan bila kita makan selepas itu, memang badan kita tak dapat bakar dengan elok makanan tadi. Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada  yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dapat memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

No comments:

Post a Comment